Novel Cinta Islamik “Seindah biasa” By Nurul Laluna

Posted on

PART 1

Hening pagi yang indah terganggu dengan bunyi deringan telefon.  Nada dering lagu Cn Blue menjadi pilihan Alisya Humairah.  Dengan mata yang masih tertutup, Alisya menggapai telefon bimbitnya lagu di matikan nada dering itu, telefon bimbit disuakan ke telinga comel miliknya.

“Hello…,” Alisya bersuara. Pendek.

“Hello..Alisssss…! Woii..suara! Kau tidur lagi ke?,” suara garau kedengaran agak bingit dari audio telefon bimbit itu membuatkan Alisya menjarakkan sedikit dari cuping telinganya.

“Yah! Cakaplah la slow sikit.. pekak telinga aku. Ha..ah lah, aku tidur lagi. Cuti kot. Mengantoklah… ,”balas Alisya sedikit menjerit.  Kedengaran hilai tawa dari si pemanggil.

” Kau memang tak boleh harap.  Bangunlah weh… semalam kata nak nasi lemak Mak Jah.  Aku dah beli ni, bukak la pintu.  Apa punye anak dara la kau ni.. haishh… ,” serentak dengan itu  kedengaran bunyi hon motor dari luar pagar rumah sewa milik Alisya dan 5 lagi rakan karibnya.

“Haa…lah.  Aku nak bangunlah ni. Kecoh ahh.. ,” balas Alisya sambil mematikan panggilan.  Pantas dia menarik sehelai tudung sarung Syria yang mudah dipakai terus di sarungkan bagi menutup kepalanya.  Setelah melihat wajahnya di cermin.  Alisya bingkas bangun sambil menolak kaki Fatimah yang masih lena dibuai mimpi indah.  Mimpi buah hati barangkali detik hati kecil Alisya, melihat Fatimah tersenyum-senyum dengan mata terpejam.  Hatinya tergelak kecil.

Novel Cinta Islamik Seindah biasa By Nurul Laluna

Sebaik sahaja meninjau dari sudut jendela hadapan, kelihatan dua pemuda di atas sebuah motor EX5.  Tanpa memakai topi kaledar keselamatan berada di hadapan pintu pagar utama rumah.

” Assalamualaikum… oi tuan rumah. Cepatlah bukak pintu ni, lama dah kita orang tunggu ni ,” balas pemuda yang berbaju putih berseluar pendek ala hawai.  Seorang lagi rakannya sibuk membelek telefon bimbit nokia kepunyaannya.

“Wa’alaikummussalam.  Memekak depan rumah orang pepagi ni, jiran aku nak tidurlah weh…,” balas Alisya sambil menyarung selipar berwarna ungu miliknya.  Sambil menjegilkan kedua biji matanya yang bundar kearah sahabatnya yang sedang mengekek gelak melihat telatahnya yang cepat naik darah.

” Haa.. nah amik nasi lemak korang ni, bak duit.  Duit upah sekali tau… haha. ,” balas Zainal berseloroh.  Sahabat yang membonceng dibelakangnya hanya diam tanpa sepatah kata.  Tidak berminat masuk campur.

Alright bro… nah duit.  Thank you beb! Merasa gak gua makan nasi lemak Mak Jah yang superb sedap ni pepagi…,” balas Alisya sambil menyambut huluran nasi lemak dalam plastic besar.  Terdapat 7 bungkus nasi lemak didalamnya.

“Kau order sampai 7, siapa lagi sorang nak melantak tu?,” Tanya Zainal kehairanan.  Setahu Zainal, dalam rumah dua tingkat itu hanya terdapat 6 orang awek cun sahaja yang menyewa, atau mungkin mereka ada tetamu yang tumpang tidur di rumah mereka.  Zainal memandang tepat ke mata Alisya.  Alisya mengangkat keningnya kepada Zainal sambil membalas.

“Kau macam baru kenal aku sehari dua Nal… aku punye perut.  Satu tak cukup maa… 2 baru Umm! Haha…,”Alisya mengenyitkan matanya. Nakal.

“Hahaha.. chait! Mengalahkan perut aku plak haa… bela saka ke oi?,” balas Zainal sambil mengekek gelak.  Geli hati melihat perangai Alisya yang tak serupa langsung dengan namanya yang melambangkan keayuan.

“Ala suka hati aku lah nak makan banyak mana.  Perut aku kot…ko lain la. Kempeng. Apa pon tak boleh…,” balas Alisya sambil mengangkat keningnya.
“Okaylah Alis, aku caw dulu…bebudak dah tunggu kat rumah tu. Papehal roger okey, jangan lupe text aku.. hehe ,” balas zainal sambil mengenyitkan matanya nakal kepada Alisya.

Alisya hanya tertawa sambil mengacukan penumbuk ke arah Zainal yang memang kuat berseloroh.  Pemuda yang berada dibelakang Zainal tidak diendahkan.  Dia hanya mengetahui bahawa pemuda itu bernama Shah dan dia adalah salah seorang dari penghuni rumah sewa Zainal.  Alisya menghantar pemergian teman rapatnya itu dengan pandangan sahaja.  Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan, Alisya segera menutup pintu pagar dan berlari anak masuk ke dalam rumah.

Begitulah rutin mingguannya, dia amat berterima kasih kepada Zainal dan beberapa orang lain teman rapatnya yang lain.   Kehidupan sebagai seorang pelajar dan jauh dari keluarga membuatkan mereka bertambah rapat.  Disini sahabatlah keluarga mereka.  Tempat berkongsi susah dan senang.

Alisya memang ramai kawan lelaki, tetapi masing masing hanya berkawan rapat tanpa mempunyai hubungan lebih dari itu.  Hal ini kerana sikap Alisya yang happy go lucky dan mudah di ajak berjenaka amat menyenangkan hati ramai orang untuk bersahabat dengannya.  Sikapnya yang peramah dan mengambil berat amat di senangi oleh kebanyakkan rakan-rakannya.

Walaupun Alisya seorang gadis bertudung, dia masih aktif bersukan dan perangainya memang sedikit ganas berbanding rakan-rakan perempuan seusianya.  Hal itu menyebabkan dia lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan.

Bagi Alisya dia lebih selesa bersahabat dengan kaum yang berlawanan jenis darinya kerana mereka lebih jujur dalam berkata-kata. Tidak cakap belakang.

Mengenangkan perangai sahabatnya tadi, Alisya tersenyum sendirian.  Perutnya mula bergelodak kelaparan.  Pantas Alisya mengapai pinggan dan sudu. ‘Nasi lemak sesedap ni kalau dibiarkan lama-lama nanti sejuk, rugi…baik makan sekarang’ bisik hatinya.

Selepas membaca doa makan, tangan Alisya pantas menyuap nasi lemak warung Mak Jah itu kedalam mulutnya. ‘Em… sedap!’

Nasi lemak yang menjadi ‘favourite‘ pelajar-pelajar kolej berhampiran dengan warung Mak Jah itu memang menjadi santapan istimewa Alisya setiap minggu.  Begitu juga dengan rakan rakan serumahnya yang lain.

 

Sambil menyuap nasi ke mulut, fikiran Alisya menerawang jauh. Berangan dan tersenyum.