Novel Terbaru Dari Penerbit Karya Seni Layakkah Aku

Posted on

Novel Terbaru Dari Penerbit Karya Seni Layakkah Aku

Novel ketiga penulis Azura Rasiddin. Novel yang penuh dengan suka dan duka. Ikuti kisah Mikail Amsyar dan Fara Hani dalam novel Layakkah Aku?

Tajuk: Layakkah Aku
Penulis: Azura Rasiddin
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-89-5
Harga: RM36 (Semenanjung) // RM39 (Sabah & Sarawak)
Diskaun : RM3
Postage : Percuma
Cara Beli Online : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni

Novel Terbaru Dari Penerbit Karya Seni Layakkah Aku

Sinopsis Novel Layakkah Aku

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya. “We have another date then.” – Mikail Amsyar “Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani “Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar

Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar. “Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh-menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.