Novel Terbaru Atas Terbitan Fajar Pakeer

Posted on

Novel Terbaru Atas Terbitan Fajar Pakeer – Di bawah ini merupakan beberapa buku Novel Terbaru Atas Terbitan Fajar Pakeer.

Bila Cinta Bila Rindu

Tajuk : Bila Cinta Bila Rindu
Pengarang : Lia Azira
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3880-30-0
Status Stok : ADA

Syahirah tidak tahu di manakah hati Izat sebaik saja anak muda berkenaan berpindah ke sekolah yang lain. Saat mereka di satu sekolah pun dia tidak cuba mempamerkan perasaan hatinya sendiri. Hati yang sarat dengan cinta, dengan rindu… untuk jejaka yang satu itu. Begitulah luahan hati, namun tidak di bibir.

Hatinya diusik keresahan apabila Izat langsung tidak mengutuskan khabar dan dia mula menganggap bahawa Izat sudah melupakannya. Dalam masa yang sama Amir pula cuba untuk menakluki hati Syahirah. Namun gadis berkenaan tidak berminat untuk menyaingi Nabila dan cuba menerima kehadiran Amir.

Cinta dan rindu… hanya luahan buat Nazrul Amir, kerana hanya kau kucinta.

Kasih Yang Satu
Tajuk : Kasih Yang Satu
Pengarang : Hanny Esandra
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3880-13-3
Status Stok : ADA

Pengorbanan Tengku Imran tidak pernah menyebelahi dirinya. Perasaan cinta yang menebal terhadap Muzna Karmila terpaksa dilupakan demi wasiat Almarhum Tengku Muazzam yang mahu Muzna Karmila dijodohkan dengan Tengku Neezam, kembar Tengku Imran.

Tengku Neezam yang sentiasa iri hati dengan kelebihan Tengku Imran mampu tersenyum puas apabila Muzna Karmila jatuh ke tangannya.
Dalam terpaksa, Tengku Imran merelakan. Namun, adakah perasaan kasih Tengku Neezam mampu mengalahkan panahan cinta Tengku Imran? Mampukah Raja Safura menakluk sekeping hati yang hanya untuk Muzna Karmila?