Kumpulan Novel Terbaru Dari Buku Prima

Posted on
traumaTrauma
Zaifuzaman Ahmad
Harga : RM 27.00
ISBN : 978-967-446-204-8
Halaman : ~ 634
Berat : 0 gm
Tarikh Terbit : 25 Julai 2015
Kategori : Novel

Sinopsis

Salmah ditugaskan oleh bapa saudaranya, Datuk Azlan, untuk mengendalikan resort yang sedang dalam proses pembinaan di sebuah pulau di Laut China Selatan bersama pengurus projek bernama Bahar. Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah Salmah ke Pulau Aur, tempat di mana resort ini didirikan. Setelah siap sepenuhnya, Salmah telah menga dakan majlis reunion untuk teman-teman sekolahnya di pulau ini.Rosie, Sherry, Kartina dan Hazmiza telah dijemput khas untuk majlis reunion ini. Malang tidak berbau, sebelum majlis reunion itu berlangsung telah berlakunya tragedi yang amat mengerikan. Seorang demi seorang petugas di situ terkorban dalam pembunuhan misteri yang tidak dirancang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan teman-teman Salmah dan seorang wartawan bernama Linda.

Keempat-empat teman Salmah melakukan siasatan tentang pembunuhan misteri ini, tapi sayang, seorang  demi seorang turut terkorban.

doktor loveDoktor Love
Nora Isma Fuad
Harga : RM 23.00
ISBN : 978-967-446-198-0
Halaman : ~ 560
Berat : 0 gm
Tarikh Terbit : 25 Jun 2015
Kategori : Novel

Sinopsis

Hujan… membawa kepanasan kepada cinta yang gersang…Doktor Shahril Adli digelar Doktor Love tanpa diketahui punca. Dari Ireland dia membawa gelaran itu sehinggalah dia menjejak kakinya ke Pulau Lagenda. Dia hanya mahu mencapai taraf champions yang membawa pencapaian dalam misi perubatan.

Dalam pencariannya mencari cinta manusia, dia alpa dalam mencari cinta Pencipta. Dalam rintik hujan, dia mengalami tragedi yang menjadikan dia kehilangan jejak cinta Amelia. Dia bertemu Farhana, gadis yang baru berusia 19 tahun, pelajar tingkatan enam yang dianggap bijaksana, sopan dan mematuhi tuntutan agama. Farhana seolah-olah dicipta Pencipta sebagai Hawanya.

Farina, kakak kedua Farhana, pernah kehilangan kekasihnya satu masa lalu akibat jarak perhubungan mereka. Dia lebih rela memilih keluarganya berbanding terpaksa tinggal jauh hingga ke Sarawak.

Dalam rintik hujan, mampukah Doktor Shahril Adli melupakan Amelia dan membuka hatinya untuk Farhana? Adakah Farhana benar-benar Hawa yang diciptakan untuk sekeping hati milik Doktor Shahril Adli? Farina, akan terus patah hatikah atau akan bertemu pengganti?

“Saya macam pernah nampak Farhana!” – Doktor Shahril Adli

“Tidak boleh berjanji bulan dan bintang. Begitu jugak yang seharusnya saya lafazkan. Kita lihat ke mana takdir membawa diri kita.” – Farhana

“Kak Far tak mahu cerita palsu, dik. Sebab tu Kak Far tunggu sehingga semuanya menjadi sahih dan rasmi.” – Farina

gps cintaGPS Cinta
Arysa Nasir
Harga : RM 23.00
ISBN : 978-967-446-192-8
Halaman : ~ 528
Berat : 0 gm
Tarikh Terbit : 31 Mei 2015
Kategori : Novel

Sinopsis

AMYLIA dan Khairil Azree bahagia dan punya anak kembar. BFF masing-masing pula masih bujang trang tang-tang. Hidup sunyi tidak berteman. Sepakatlah suami dan isteri mahu menjayakan misi bantuan jodoh antara Taufiq dan Hidayah sehingga duduk bersanding di atas pelamin. Malangnya, hati Taufiq tidak terbuka menerima salam perkenalan Hidayah yang dibawakan oleh Amylia dan Khairil Azree. Apabila kena ‘reject’ mentah-mentah, Hidayah jadi ‘tak hingin’ dengan Tau?q. Mereka ‘berperang’ tanpa mengenali paras rupa dan peribadi masing-masing. Misi bantuan jodoh menemui jalan sukar. Taufiq impikan gadis Latino yang jelita. Hidayah pula tinggi standard piawaiannya dalam mencari teman hidup. Bukan calang-calang lelaki dapat menawan hatinya. Dalam diam, penolakan Taufiq terhadap Hidayah rupa-rupanya ada ‘udang di sebalik batu’. Taufiq tidak mahu kahwin dengan perempuan lain kerana dalam hatinya sudah beraja seorang wanita istimewa. Taufiq memburu Cinderella Khay yang tidak pasti. Bila sudah memandang Hidayah, hati masih berbelah bahagi. Gara-gara Taufiq versus Hidayah, rumah tangga Amylia dan Khairil Azree pula dilanda tsunami.Taufiq wajib kahwin! Kalau tidak, ada hati yang akan merana.Hidayah tak mahu kahwin! Sebab hati Taufiq sudah ada simpuhannya.Kalau itu berterusan, Amylia dan Khairil Azree pula yang akan jadi gila!

Bila hati bersimpuh di ruang yang salah, di mana pula cinta sejati hendak bertamu?